KRONOLOGI '#SELAMATKANMALAYSIA' #TUNMAHATHIR !!! NAK SELAMATKAN SIAPA NI ????


Sendiri mau fikir lah jika benar Mahathir mahu “Selamatkan Malaysia” atau kerana 1MDB /RM2.6b/MPP atau untuk agenda peribadi beliau/Dendam 

berikut adalah Kronologi dari A sampai Z

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

21 Oktober 2013 - Anak Mahathir,Mukhriz Kalah dalam pemilihan UMNO kepada sepupu Datuk Seri Najib. 

29 Oktober 2013 - Mahahir menuduh puak Datuk Seri Najib membeli undi dalam pemilihan UMNO Oktober 2013. 

30 Oktober 2013 - Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam Umno tidak betul,kata ahli Majlis Tertinggi. 

2 Disember 2013 – Dr Mahathir berundur dari jawatan Petronas kerana masalah kesihatan.

Disember 4,2013 – Mokzaini Mahathir letak jawatan Eksekutif Pengarah Sapura Kencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif. 

Jan 9,2014 – MTEM kesal dengan dakwaan “layanan buruk” oleh Petronas terhadap bekas penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Feb 19,2014 – Mokzaini menjual 190,300,000 saham Sapura Kencana berjumlah RM818.3 juta untuk mengurangkan pegangan ketara.

21 Mei 2014 - Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton. 

Julai 21,2014 – Proton meminta RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi). 

18 Ogos 2014 – Mahathir menarik balik sokongan kepada kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Najib. 

12 Dis 2014 - Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB. 

4 Mac 2015 - Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada Sapura Kencana Petroleum. 

13 Mac 2015 – Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB,datuk Seri Najib dan keluarga. 

Ap 4,2015 – Mahathir mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Letak Jawatan. 

Jun 26,2015 – Datuk Seri Najib menamgguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan. 

Jul 2,2015 – WSJ mendedahkan RM2.6b dalam akaun Datuk Seri Najib. 

Jul 3,2015 – Pasukan Petugas Khas ditubuhkan.AG Gani mengesahkan serbuan di MPP,Mentari dan Ihsan Perdana pada hari yang sama. 

Jul 7, 2015 – RPK mendedahkan 3 Tan Sri mengatur konspirasi rampasan kuasa. 

Jul 25, 2015 – Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Datuk Seri Najib. 

Jul 28, 2015 – Muhyiddin,Shafie,Ghani dan Ketua SB diganti.

30 Julai 2015 - Sarawak Report mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib,yang dinafikan oleh SPRM kerana siasatan masih belum selesai. 

Ogos 19 20 Sept – Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi di seluruh dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi-agensi asing 

20 September 2015 – Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap.

6 Feb 2016 – Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah 


Feb 29, 2016 – Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO. 


4 Mac 2016 – Mahathir tanadatangan deklarasi bersama pembangkang untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan “Selamatkan Malaysia” 

Apr 9,2016 – Mahathir menyeru kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

Jul 20,2016 – DOJ Amerika Syarikat fail saman sivil berkaitan 1MDB terhadap empat individu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak-pihak yang tidak dinamakan di Malaysia.

Jul 26,2016 - Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri terlibat didalam konspirasi.

21 Ogos 2016- Mahathir mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

24 Ogos 2016- Mahathir berkata terdapat 4 Tan Sri.

APA YANG ANDA NAMPAK ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TU DIAAA !!! #TUNMAHATHIR UMPAMA BERUK SUKA BERGADUH ???


Sepanjang 6 tahun perseteruan antara Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1987 sehinggalah 1993,terlalu banyak kata nista dilemparkan oleh kedua mereka. 

Masing-masing menggambarkan keburukan antara satu sama lain dan antara yang paling diingati adalah bagaimana Ku Li menggambarkan Tun M sebagai “beruk” yang cukup suka bergaduh.Kenapa Ku Li mengibaratkan Tun M seperti seekor beruk? Sebabnya mudah,beliau mengibaratkan andai lebih kuat sesuatu ribut,maka lebih kuatlah genggaman beruk pada sebatang pokok untuk mengelakkannya jatuh. Namun, jika tiada angin mahupuun ribut, beruk berkenaan akan jatuh dengan sendirinya.Oleh yang demikian,secara sinisnya,beliau memberitahu,cara untuk menjatuhkan Tun M,adalah dengan membiarkannya sahaja Tun M dengan dunianya sendiri dan jangan berlawan dengannya secara terus.Ini kerana,jika tiada siapa yang memperdulikannya lagi,beliau akan jatuh dengan sendiri tanpa sebarang sebab.Bunyinya memang seperti berlawak,namun jika dinilai dari segi tindak tanduknya sebelum ini,nasihat lucu Ku Li ini ada benarnya. 

Siapa yang tidak mengenali Tun M yang cukup gemar menimbulkan kontroversi yang secara tiba-tiba akan muncul setiap kali beliau membuka mulut.Ianya seolah-olah,jika tiada kontroversi atau sebarang perkelahian,dia akan menjadi bosan dan seterusnya memulakan satu perkelahian.Malah,sepanjang beliau berkecimpung dalam politik,Tun M tidak akan mungkin dapat bertahan lama tanpa terlibat dengan sebarang jenis pertelingkahan.Lihat sahaja apa yang berlaku pada tahun 1969 apabila beliau memulakan pertelingkahan dengan kaum Cina dengan menuduh,kaum Cina belot terhadapnya sehingga mengakibatkan beliau kalah kepada Yusuff Rawa dalam Pilihan Raya 1969.Menariknya,beliau sendiri yang mengakibatkan kekalahannya di Parlimen Kota Setar setelah dengan lantangnya mendakwa beliau tidak memerlukan undi kaum Cina untuk terus kekal di Parlimen ini.Akibatnya,beliau tewas dan beliau meneruskan kutukannya terhadap Kaum Cina di Parlimen berkenaan. 

Seperti orang gila,beliau menyerang pula Perdana Menteri Pertama,Tunku Abdul Rahman dengan 8 helai surat terbukanya sehinggalah beliau akhirnya dipecat Tunku dari menjadi ahli UMNO,atas kebiadabannya.Perseteruan Tun M dengan Tunku tidak pernah surut dan padam sehinggalah Tunku Abdul Rahman meninggal dunia pada 6 Disember 1990.Sejarah pertelingkahannya dipanjangkan lagi dengan pertelingkahannya dengan Perdana Menteri Malaysia ketiga,Tun Hussein Onn.Sebaik sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,beliau mula menimbulkan masalah dengan Tun Hussien dengan mempertikaikan banyak perkara di dalam kabinet.Kemuncaknya apabila beliau menghasut ahli UMNO untuk tidak lagi memberi mandat kepada Tun Hussien untuk terus menerajui UMNO atas alasan,kesihatan Tun Hussien tidak membenarkan beliau untuk terus kekal menerajui UMNO.Sebaik sahaja tekanan mula timbul daripada ahli UMNO, Tun Hussien akhirnya berundur dari UMNO sebelum Tun M yang pada ketika itu Timbalan Presiden,mengambil alih kedudukan Tun Hussien dan seterusnya menjadi Perdana Menteri keempat negara.Di peringkat antarabangsa pula,sepanjang berkuasa, beliau telah bertelingkah dengan Amerika,British dan Australia. Beliau tidak pernah berhenti daripada bertelingkah dengan negara-negara ini sehinggakan pemimpin barat pernah menggelarkannya sebagai orang gila dari Asia.

Menurut sumber yang pernah berkhidmat dengannyabeliau sengaja melakukan perkara sedemikian supaya menampakkan beliau sebagai musuh barat.Namun hakikat sebenarnya,hubungan beliau dengan negara-negara barat terutamanya para pelobi asing,cukup baik.Jadi tidak hairanlah,media antarabangsa menakrifkan beliau seperti dibenci oleh pemimpin barat namun, cukup akrab dengan mereka yang menguasai kerajaan-kerajaan di Eropah dan Amerika.Tidak cukup dengan itu,institusi perundangan negara juga turut di kacaunya.Walaupun hakikat sebenarnya,institusi ini sepatutnya bebas dari pengaruh politik,namun,itu bukan alasan untuk Tun M tidak bertelingkah dengan mereka.Lihat sahaja perseteruannya dengan Ketua Hakim Negara dan juga hakim-hakim yang lain.Malah,kegilaan Tun M untuk bergaduh turut membabitkan pertelingkahannya dengan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan sembilan Raja-Raja dan Sultan-Sultan negeri yang lain.Cuma,beliau dilihat tidak begitu berani untuk bertelingkah dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sewaktu Almarhum menaiki tahta selaku Yang DiPertuan Agong ke 9. 

Jika diikutkan,senarai mereka yang tidak pernah bertelingkah dengan Tun M jauh lebih sedikit berbanding mereka yang pernah secara tiba-tiba menjadi musuhnya.Malah Singapura juga tidak terlepas dari serangannya sehinggakan beliau menggelarkan negara jiran ini sebagai Israel Timur.Boleh dikatakan,sesiapa yang bertolak ansur dengan Singapura secara automatik menjadi musuh Tun M (termasuk juga semua Perdana Menteri selepasnya).Benda yang Tun M paling benci di dalam dunia ini adalah kekalahan. Beliau mesti mahu memastikan kemenangan ada dipihaknya dengan cara apa sekali pun,sama ada dengan adil ataupun tidak.Mungkin bagi beliau,jika beliau dia kalah, beliau akan mati, secara literal mahupun kiasan.Pada Tun M,kekalahan lebih teruk daripada kematian.Jadi ada benarnya ungkapan lucu Ku Li terhadap Tun M.Semakin kita kuat melawan,semakin kejaplah pegangan beliau untuk kekal bertahan.Andai kita membiarkannya,tidak mustahil,dinding pun boleh roboh akibat kegeramannya tidak dapat bertelingkah sesama manusia.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

PARTI #PRIBUMI #BERSATU BELUM DIDAFTAR #RAFIDAHAZIZ DAN #TAMRINGHAFAR DAH TOLAK !!!


Sudah Tolak Ketika ahli ProTem parti Pribumi Syed Sadiq menyatakan cermin pintu keretanya diketuk kerana orang ramai mahu minta borang untuk menjadi ahli parti Pribumi,kita terlupa tanya,sama ada cermin keretanya diketuk berapa kali? 100 kali? 200 kali? Atau tiap kali dia pandu keretanya? Kenyataan Persepsi sebegini hanya untuk seronok sendiri sahaja.Ketika Tun Mahathir umum keluar dari UMNO,tidak pula terlihat berbondong bondong keluarnya ahli UMNO yang setia padanya ikut turut sama keluar parti.

Malah anaknya sendiri Mukhriz Mahathir dan “boneka” nya Muhyiddin Yassin juga tidak ikut sama keluar dari parti UMNO kerana mereka pilih untuk ditendang.Amat berbeza nilai seorang yang ditendang keluar dengan orang yang keluar sendiri.Malah Anwar Ibrahim pun tidak mahu keluar dari UMNO dan dia disingkir.Gambaran yang dapat dilihat ketika parti baru Mahathir ini ditubuhkan ia seolah olah terlihat seperti ada cahaya di hujung terowong bagi mereka yang memuja dan menyokong Tun Mahathir,namun sekian lama baru lah disedari ia hanya beban kepada banyak pihak terutamanya pembangkang. Walaupun pendaftarannya belum rasmi,namun personaliti tertentu sudah pun umumkan diri mereka tidak mahu terbabit dengan parti Pribumi ini. 


Terbaru,Tamrin Ghafar membuat sebaran bahawa beliau enggan bersama Pribumi Mahathir.Entah kenapa tiba tiba dia muncul memberi kenyataan sedemikian kita pun belum pasti sebabnya.Selepas kenyataan Tamrin,Tan Sri Rafidah juga umumkan dirinya masih ahli UMNO dan tidak akan menyertai parti Pribumi milik Mahathir & Son.Kita tidak ambil tahu apa perang Khairuddin dengan Muhyiddin,tapi semua pun tahu dia tidak akan menyertai parti Muhyiddin katanya.Bagi Rafidah katanya beliau terlihat senarai nama AJK parti baru Mahathir ketika berada di luar negara,lalu berasa perlu memberi tahu bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan parti itu dan masih lagi ahli UMNO.Gambaran terlihat seolah olah menjadi ahli parti Pribumi ini sebagai satu “jinx” dan harus di jauhi.Ketika Khalid Samad cuba "justify" bahawa parti Pribumi Mahathir ini tidak sama dengan UMNO,beliau menyatakan UMNO ada lah parti perkauman dan Pribumi berpaksi kaum. “UMNO is a racist party,but Pribumi is a race base party” katanya.Silap mata apa entah yang cuba dimainkan di sini.

Sambil itu katanya PAN sanggup memberi kerusi kepada Pribumi katanya cuma dia tidak jelaskan kerusi sampah “pasti kalah” yang mana dan juga jumlahnya.Parti Pribumi boleh dilihat sebagai “doom to fail” kerana kewujudannya berpaksi kan kebencian dan “issue base”.Personaliti yang mengepalainya penuh dengan bagasi seperti skandal dengan isteri orang dan Bestari net.Selain itu orang Top pemilik parti pula terkenal dengan membela ahli perniagaan yang kaya raya ketika memerintah.Bahkan dikatakan kemarahannya kepada UMNO dan Najib adalah atas sebab berkaitan perniagaan dan kerugian projek dan tender,serta berkenaan heiraki kedudukan anaknya.

Semua diselindung sebalik 1MDB.Apa pun orang seperti Syed Sadiq dan juga Anina atau Hamizura hendak syok kan diri dengan angan angan kosong.Tiada ahli UMNO menangis meraung raung pun ketika Tun Mahathir keluar UMNO,bahkan dibiar pergi sahaja.Ini bak kata orang Melayu umpama melukut di tepi gantang,ada tak menambah,pergi tak mengurang.

Beruang Biru 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

CONTOHI #AIRASIA !!! TOLAK MAT SALEH JADI #CEO #MAB #MAS - @RAMESHRAOAKS !!!


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mahu syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Berhad (MAB) diterajui oleh anak tempatan dan bukannya warga asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).Beliau amat prihatin dan serius dalam keadaan ini apabila kini syarikat MAB diuruskan oleh seorang CEO yang juga berasal dari barat,Peter Bellew yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Ryanair.Sebelum itu,MAB diketuai oleh bekas CEO Aer Lingus Christoph R Mueller yang pelantikannya berkuatkuasa pada 1 Januari 2015 dengan memegang reputasi pada masa itu sebagai seorang pakar dalam memulihkan sesebuah syarikat penerbangan.

Bagaimanapun,Mueller kemudiannya meninggalkan MAB dengan meletakkan jawatan pada April lepas dan kini digantikan oleh Bellew. "MAB perlu yakin dan utamakan tenaga tanah air dalam memperkasakan syarikat penerbangan negara itu.Contohi Air Asia yang diterajui oleh rakyat Malaysia," kata Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.Beliau mengambil contoh Air Asia yang diterajui oleh Tan Sri Tony Fernandes yang berjaya memimpin syarikat penerbangan itu menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang terkemuka di dunia.Kini,Tony adalah CEO Kumpulan Air Asia mengetuai rangkaian anak syarikat penerbangan itu di seluruh rantau Asia Tenggara. "Air Asia tanpa ketua 'Mat Saleh' boleh untung,kenapa tidak MAB?," kata Ramesh. 

Selepas Tony menjadi CEO Kumpulan Air Asia, seorang lagi warga Malaysia dilantik menggantikan tempat Tony iaitu Aireen Omar pada Jun 2012.Sebelum Mueller menerajui MAB,diketuai oleh seorang rakyat tempatan iaitu Datuk Ahmad Jauhari Yahaya yang kemudian meletakkan jawatan selepas berlakunya insiden nahas pesawat MH370.Kini,Bellew sudah dua bulan mengambil alih tugas sebagai CEO MAB dan menurut laporan Free Malaysia Today hari ini,beliau yakin bahawa syarikat penerbangan itu akan semakin pulih dan cekap dalam mengatasi masalah yang dialami mereka.Ada kontroversi timbul apabila bekas CEO,Mueller mendakwa pernah melihat kakitangan MAB ada yang tidur sewaktu bertugas dan ia mencetuskan kemarahan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM).Bekas CEO MAB Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman juga membuat desakan pada ketika itu mahu Mueller dipecat dan jawatannya diisi warganegara tempatan. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KEPADA #TUNMAHATHIR !!! JANGAN POLITIKKAN ISU #BANGSAJOHOR #MUAFAKATJOHOR !!!


Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor telah mencetuskan kemarahan anak Johor,hinggakan Sultan Johor,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur bekas Perdana Menteri itu.Sambil menyifatkan ia sebagai mengacau sarang tebuan,Sultan Ibrahim turut meminta Mahathir supaya menutup mulut. 

"Gagasan bangsa Johor telah bermula sebelum Dr. Mahathir dilahirkan.Dr. Mahathir tidak tahu apa yang beliau katakan,” titah baginda seperti dipetik daripada laporan akhbar The Star.

Mahathir pada satu sidang media baru-baru ini mendakwa,konsep Bangsa Johor mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaan hanya akan meme­cahbelahkan rakyat Malaysia dan ungkapan Bangsa Johor sering dilaungkan itu menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.Menurut Sultan Ibrahim,konsep Bangsa Johor ini telah diperkenalkan oleh moyang baginda pada tahun 1920 dengan matlamat untuk menyatukan semua kaum di Johor.Justeru dalam isu ini Mahathir tidak sepatutnya `masuk campur' dalam hal ehwal Johor,dengan mengkritik konsep yang telah lama mereka amalkan.Apatah lagi Malaysia terdiri daripada banyak negeri,jadi bagi kita yang berasal dari negeri lain,kita perlulah menghormati keputusan itu. 

Apa yang penting penduduk Johor masih mengaku mereka rakyat Malaysia.Konsep Bangsa Johor ini juga tidak menjejaskan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.Memandangkan ramai yang telah memberikan pandangan mereka dalam isu ini,maka sewajarnya pendekatan diambil supaya isu ini tidak dipolitikkan dan perlu bersangka baik. 

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEMIMPIN #PEMBANGKANG TOLAK DEMO #TANGKAPMO1 !!!


Kurang 24 jam sebelum perhimpunan untuk mendesak supaya tangkap individu yang digelar Malaysian Official 1 (MO1) berlangsung di ibu negara,sehingga kini tidak ada lagi pemimpin pembangkang yang membuat kenyataan bahawa parti mereka akan menyertai program berkenaan.Mereka sudah gagal sebelum berdemo lagi.Minggu lepas kempen hashtag #tangkapMO1 di Twitter tidak menjadi.Rakyat lebih suka layan cerita sukan.Di Twitter,hingga hari ini,kurang 24 jam dari acara demo,sambutannya amatlah teruk sekali.Hanya macai-macai pembangkang sahaja yang layan demo ini.Pemimpin Parti PAN,PKR dan DAP sehingga kini masih membisu adakah pihak mereka akan menyertai perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka. 

Bolehlah dikatakan pemimpin pembangkang nampaknya memboikot penganjuran perhimpunan ini dan mereka berasa bahawa ia tidak akan dapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran yang ramai.Perhimpunan ini dianjurkan oleh sekumpulan anak muda yang anti-kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Gabungan #TangkapMO1" dengan jurucakap penganjurnya ialah Anis Syafiqah Md Yusof.Biasanya,dalam perhimpunan sebegini,DAP merupakan antara parti yang paling kuat dan begitu teruja untuk sama-sama hadir dan menyertainya tetapi mereka juga masih membisu sampai ke hari ini.Siri siri demo pembangkang sudah gagal sejak PAS bukan lagi berada dalam pakatan tersebut.Selain itu,para pemimpin pembangkang dalam Pakatan Harapan juga masih belum membuat kenyataan rasmi adakah mereka akan menghadiri perhimpunan itu atau sebaliknya. 

Biasanya,para pemimpin ini membuat pemerhatian akan sambutan kehadiran peserta sebelum membuat keputusan akan hadir.Difahamkan,pihak penganjur sendiri tidak berani meletakkan jumlah sasaran kehadiran dalam himpunan itu menjangkakan kira-kira 1,500 orang yang akan hadir.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun masih belum membuat keputusan akan hadir pada perhimpunan itu seperti yang beliau lakukan pada perhimpunan Bersih 4 apabila hadir ke lokasi himpunan pada saat-saat akhir.Akibat terdesak mencari peserta,pihak penganjur terpaksa menganjurkan beberapa siri ceramah beberapa hari sebelum program untuk menghasut orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu yang dijadualkan bermula pukul 2 petang.Para peserta dijangkakan akan berkumpul di Padang Merbok dan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka.

Difahamkan,pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.Disebabkan itulah esok lokasi demo bertukar ke Padang Merbok. 

Beruang Biru 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KOMPLOT JATUHKAN PM DS @NAJIBRAZAK !!! KERTAS SIASATAN 3 TAN SRI WAJAR DIBUKA SEMULA !!!



1. Kenyataan Tun Mahathir bahawa terdapat salah seorang yang bergelar TAN SRI yang mengkhianati 3 Tan Sri yang lain yakni Zeti Aziz,Abu Kassim dan Ghani Phtail dalam kes konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri mengundang skrip baru berhubung aduan polis yang pernah dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berhubung perkara yang sama. 

2. Meskipun aduan berkenaan akhirnya dirumuskan oleh Ketua Polis Negara sebagai sekadar spekluasi dan tidak berasas dan siasatan ditutup,namun dengan perkembangan terbaru melalui kenyataan Tun M,isu ini perlu dibuka semula untuk mencari kebenaran.Tun M perlulah dipanggil untuk memberi keterangan dan disoal siasat memandangkan beliau seakan lebih arif dan mengetahui dengan mendalam berhubung pengkhianatan dan konspirasi menjatuhkan kepimpinan negara. 

3. Siasatan dan tindakan yang wajar berhubung kes ini amat perlu memandangkan ianya satu kes yang berprofail tinggi melibatkan peranan orang kenamaan.Isu yang boleh menjejaskan keselamatan negara,kestabilan politik dan isu integriti sumpah menyimpan rahsia dan setia kepada kerajaan yang sepatutnya dijulang oleh tiga orang penjawat awam utama negara. 

4. Dengan siasatan terperinci juga,individu keempat yang juga bergelar Tan Sri yang telah mengkhianati pakatan konspirasi 3 orang Tan Sri dimaksudkan dapat diperjelas kepada masyarakat supaya segala spekulasi, sangkaan dan tandatanya yang berligar di minda rakyat dapat dirungkaikan. 

5. Oleh demikian selaku warga yang cintakan negaranya dan demi untuk membolehkan kuatkuasa undang-undang dapat ditegakkan demi memihara keselamatan dan kestabilan negara, saya penuh yakin dan percaya serta menyarankan pihak PDRM agar siasatan semula kes ini wajib dibuka semula.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri 
Pengerusi Kelab Belia Darul Aman

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #TANGKAPMO1 !!! PENIPUAN #MAHASEWEL DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


Kalau dah jodoh,takkan ke mana,kalau dah bodoh memang takkan ke mana.mari kita sama tonton hujah 'kecepak-kecepung' & 'putar alam' MAHA SEWEL ini .

LIHAT VIDEO DI BAWAH !!! 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRU14 !!! ADAKAH #ANWARIBRAHIM DAN #TUNMAHATHIR AKAN BERGABUNG DAN #BERSATU ???


Ketika Pakatan Harapan sedang bergolak dengan parti gabungannya masing-masing berdepan dengan konflik dalaman,Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil kesempatan dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).Melalui Pribumi,Mahathir memberi amaran,pakatan pembangkang akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika mereka tidak bersatu dan menerima Pribumi untuk bergabung menjadi satu komponen parti pembangkang.Belum apa apa lagi Mahathir sudah ugut,sedangkan Pribumi sekarang belum pun disahkan lagi pendaftaran oleh ROS.Parti yang belum siap dah ugut gabungan parti pembangkang yang sudah ada 73 kerusi di parlimen.

Namun persoalan yang tercetus ialah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bergabung dengan Mahathir,selepas apa yang berlaku kepadanya selama ini? Pada tahun 1998,Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat dan penyalahgunaan kuasa.Anwar mendakwa tuduhan tersebut telah direka oleh bekas Perdana Menteri itu.Sejak itu kedua-duanya saling memburukkan satu sama lain.Mereka menggelar satu sama lain sebagai peliwat dan diktator serta tidak bermoral.Berdasarkan keadaan itu,mampukah Anwar atau Mahathir menjilat kembali apa yang mereka katakan,kutuk,sindir dan serang-menyerang antara satu sama lain selama ini? Bagaimana dengan penyokong Anwar pula? Mereka pernah dipukul dan ditahan ketika reformasi pada era pemerintahan Mahathir.Ada antara penyokongnya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem tahanan Kamunting disebabkan mereka menentang Mahathir. 

Mereka juga pastinya tidak akan melupakan apa yang Mahathir lakukan.Seperti kata Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini,Anwar lebih tahu isi perut Mahathir.Jika PKR memberikan sokongan kepada Pribumi maka ia akan menjadi beban kepada PKR sendiri.Wan Azizah sendiri tidak hadiri beberapa siri perjumpaan dengan Mahathir.Ketika Bersih 4,poster Mahafiraun muncul kembali.Malah Mahathir dicaci secara terbuka oleh pendemo Anti Gst pada April lepas.Konflik besar akan berlaku jika Mahathir dan Anwar gabung.Mereka akan pecah belah lagi teruk.Paling utama,rakyat akan lihat bahawa dua dua orang memang 2 x5, "dua dua tak boleh pakai" kata orang Kedah.

Beruang Biru 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRU14 !!! PEMBANGKANG AKAN MUSNAH JIKA ABAI #PRIBUMI #BERSATU - #TUNMAHATHIR !!!


Satu waktu dulu kata kata Mahathir menjadi kontroversi apabila dia cakap “better the devil you know than the angel you dont ”,walaupun maksud nya secara kasar yang hendak diberitahu oleh Tun Mahathir adalah lebih elok yang dikenali dari yang tidak dikenali,namun orang Melayu yang tidak tahu ia hanyalah pepatah bahasa Inggeris,lalu terus menerkam Mahathir kerana tersebut perkataan “Iblis” dan “malaikat” dalam pepatah itu.Maka yang dimaksudkan adalah yang dikenali buruk baiknya lebih selamat untuk didekati dari pada yang tidak dikenali langsung.Pepatah yang disebut Mahathir ini satu ketika lalu kali ini amat sesuai pula dengan kisah parti Pribumi dan sekutunya.Walaupun beberapa hari lalu,penyembah "agama Mahathir" seperti Hamizura menyatakan dalam mesyuarat yang berlangsung dengan Tun Mahathir yang sebagai berjalan dengan lancar dan bersemangat dan katanya Insya Allah Pribumi akan menggantikan UMNO,namun dia berkata sedemikian atas kapasiti terhad dan pengalaman terhad dia sahaja. 

Mungkin juga syok sendiri.Apa yang terlihat tenang di atas tidaklah setenang di dasar air.Hamizura sangat mentah dalam hal politik,jika dia beri pendapat pun pendapatnya berpaksi kepada kebencian terhadap UMNO dan bukan atas kebenaran pada situasi yang wujud.Beberapa wakil dari parti pembangkang sudah pun bersuara untuk mengizinkan parti mereka menyerahkan beberapa kerusi kepada parti Pribumi,namun ia terhad kepada kerusi bermasalah,kerusi tidak pasti menang dan kerusi yang membebankan.Bahkan jumlahnya pun amat tehad.Dengan keazaman dan tekad mahu anaknya menjadi Perdana Menteri,mustahil Tun Mahathir akan berpuas hati dengan jumlah yang diizinkan partinya bertanding.Maka,yang pasti pertelingkahan akan berlaku menjelang PRU14 sesama mereka.

Bukan setakat pertelingkahan,bahkan dijangka ada dia antara mereka “go it alone” dengan meletakkan calon dikawasan yang dirasai boleh menang,maka dijangkakan pertindihan kawasan dan perlawanan 3 penjuru pasti akan berlaku.Semalan Mahathir mengugut secara halus,jika Pribumi tidak diterima atau ditolak oleh pembangkang,maka pembangkang akan kalah pada PRU14.Jika Mahathir bercakap,dia akan secara sulit melakukan kerja ke arah itu.Satu waktu dulu ketika hendak menjatuhkan Abdullah,Tun Daim sebagai kuncu Mahathir menyatakan jika Pak Lah terus pegang teraju,BN akan hilang 4 negeri dan ternyata betul.Itu dulu,hari ini belum tentu perancangan jahat Mahathir pada hari ini akan diizinkan Allah SWT.Bukanlah kehebatan meramal oleh Tun Daim itu dipersoalkan,tetapi kerja sulit untuk memastikan ramalan itu yang menjadi persoalan.Ada suara suara menyatakan kerja sulit dengan beberapa pihak oleh puak Tun Mahathir yang menjayakan rancangan itu.Ini temasuk kerja memburukkan BN dan Pak Lah yang dibuat setiap hari dan apabila BN tewas mereka hanya perlu berkata “kami sudah beri tahu awal lagi”,sedangkan mereka yang memainkan peranan kearah kekalahan itu. 

Maka kali ini sebaik sahaja Mahathir mengugut,maka adalah nanti yang akan dilakukan oleh pihaknya.Bagi yang amatur dengan tabiat Mahathir,maka tunggu sajalah padahnya nanti.Kini ternyata Parti Pribumi jadi beban baru kepada pihak pembangkang,pada awal penerimaan Mahathir oleh pembangkang,parti baru belum ada dalam rencana mereka, mereka hanya mahu terima Mahathir sebagai alat menyerang BN dan Najib sahaja.Mahathir seperti harimau lapar tidak akan berpuas hati jika partinya hanya mendapat kerusi “Leftover sahaja” kerana akan mendakwa Pribumi hanya minat pada kerusi Parlimen dan berhak kepada jumlah yang lebih banyak.Apapun awal awal lagi Mahathir sudah beri amaran meramalkan pembangkang akan kalah jika tolak Pribumi.Tidak pasti ia hanya ramalan atau terselit ugutan.Sebenarnya Pakatan tidak bersalah dalam hal ini,Pribumi yang datang menyelit kemudian tetapi mahu jadi “besar kepala” pula.Mungkin Mahathir lupa,Pakatan masih ingat kata kata pepatah luahan nya,“better the devil you know, than the angel you dont”.Malangnya Pribumi sebagai sebuah parti baru lahir ada lah “angel you dont” kepada mereka,kerana sesama mereka PKR,DAP dan PAN adalah “devil they know”,lebih selamat dengan iblis yang dikenali.

Beruang Biru 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #TUNMAHATHIR DARI DULU SUKA CUCI TANGAN !!!


Agak mengejutkan bagi setengah orang apabila Tun Mahathir bercerita berkenaan wujud konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri.Yang mengejutkan adalah Tun Mahathir tahu akan gerakan itu tetapi dalam nada yang sama menafikan beliau dalangnya.Dengan kenyataan seperti dibawah ini :

“Zeti Is Upright,So Is Abu Kassim And Also Gani Patail…But They Were Betrayed,” Mahathir Confirms 3 ‘Tan Sris’ Plot Bermakna Mahathir sangat tahu akan hal ehwal kerja anarki ini.Cuma peliknya beliau sendiri menafikan ada bekerjasama dibelakang mereka mereka ini.Mungkin ia boleh dianggap sebagai “understatement of the year”.Tetapi dalam kesemua kenyataan Mahathir berkenaan ini,barisan rangkap ayat yang di laporkan dibawah ini paling "win" sekali – “Mahathir later denied his involvement with the conspiracy but expresses his desire to join this ‘conspiracy group’.Sesudah tidak mengaku terbabit,beliau boleh memberitahu bahawa antara ketiga Tan Sri yang terbabit dalam kerja konspirasi mahu tumbangkan Perdana Menteri,salah seorang dari mereka telah mengkhianati sesama mereka,cuma Mahathir terhenti disitu tanpa menjelaskan antara 3 siapakah yang mengkhianati tersebut. 

Apa yang menarik dalam isu ini,bukanlah berkenaan siapa khianati siapa atau siapa yang membuka rahsia kerja bawah tanah ini,yang paling menonjol dalam isu ini adalah sikap Mahathir itu sendiri.Terlalu jelas dan nyata beliau akan lepas tangan apabila isu menjadi “heat up” dan mula “backfire”.Ini boleh dilihat dari sejarah pentadbiran Mahathir itu sendiri berkenaan tabiat cuci tangan dan melemparkan kesalahan kepada pihak lain.Dari dulu ketika menjadi Perdana Menteri pun "trend" salahkan pihak lain sudah diamalkan oleh Tun Mahathir.Ketika kes pembunuhan orang Islam di Memali satu ketika dulu,Tun Mahathir seolah olah mahu menyalahkan Musa Hitam dan tidak secara total mengambil tanggungjawap kepada kejadian itu.Dari sini sudah pun dapat dilihat walaupun beliau sebagai Perdana Menteri dan kini sebagai mantan suka menyalahkan Datuk Seri Najib bagi apa sahaja masalah atas kapasiti “Perdana Menteri” Najib mesti bertanggung jawap,namun di zaman beliau tidak pula cara sama diamalkan.Pada kes BMF ketika seorang auditor dibunuh dan BMF terus lingkup kita dapat lihat permainan “Ping Pong” antara Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. 

Masing-masing seolah olah mahu menyalahkan masing masing, dan prinsip sama ia itu Perdana Menteri mesti ambil tanggungjawab tidak diamalkan oleh Tun Mahathir.Pada krisis matawang melanda negara dizamannya, ia semua salah “Soros” dan bukan salah diri nya,lalu terselamat lagi Tun Mahathir.Perlukah kita ungkit kisah kehilangan wang negara dalam perjudian matawang? Pasti sekali ia bukan salah Mahathir juga tetapi salah pihak lain pada "FOREX loss" itu,tidak kira paper loss atau “real loss” .Begitu juga kes MAMINCO, entah siapa disalahkannya.Tentu sekali kegagalan PROTON yang sentasa meminta wang kerajaan sehingga "bailout" RM13 billion dan terbaru RM1.5 billion adalah salah orang lain dan bukan dirinya.Semalam anak Arwah Megat Junid terpaksa menjawab hal konon dikatakan penangkapan ISA bukan salah Tun Mahathir tetapi salah ayah nya Megat Junid.Ia berkenaan penulisan dalam sebuah laman sesawang.Banyak lagi hal menyalahkan pihak lain dan bukan diri sendiri diamalkan oleh Tun Mahathir. 

Dari kisah perpecahan UMNO yang dikatakan salah Tengku Razali Hamzah sehinga lah hal hal ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalannya. Semua salah orang lain belaka dan bukan salah dirinya.Kemuncak kepada ini semua adalah berkenaan kisah 3 Tan Sri yang dilaitkan dengan kerja anarki.Umum tahu kepada siapa mereka bertiga sujud dan akur dan yang sah bukan nya kepada Najib, maka Tun tidak perlu bodohkan diri dan penyokong dengan penafian tidak terbabit.Akhir sekali dengan "trend" dan tabiat cuci tangan dimiliki Tun Mahathir,maka Muhyiddin juga harus bersiap siaga,nanti apabila Parti Pribumi gagal dan sujud ke bumi,maka Tun Mahathir sudah siap kan jawapannya,tentu bukan dirinya yang salah tetapi siapa lagi jika bukan Muhyiddin Yassin,bak kata orang putih “old habits die hard”.

Beruang Biru 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

DS @ZAHID_HAMIDI PERLU JELASKAN ADAKAH #TUNMAHATHIR ATAU #MEGATJUNID TANDATANGAN ARAHAN PENAHANAN #ISA !!!


Semalam,anak sulung kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri,Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub terpaksa mengadakan sidang media bagi mempertahankan bapanya selepas Allahyarham didakwa sebagai bertanggungjawab menandatangani arahan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Menurut Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid,dalam konteks penahanan ISA,jika benar Allahyarham bapanya yang menandatangani surat penahanan,sudah pasti ia telah mendapat kebenaran dan pengetahuan. 

Malah kemungkinan besar ia adalah arahan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri selaku Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri pada ketika itu.Megat Fairouz memberikan reaksi berkenaan selepas Mahathir dilaporkan menafikan beliau menandatangani perintah tahanan ISA itu.Mahathir dipetik sebagai berkata,selepas mengambil alih sebagai Menteri Dalam Negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986,yang berkuasa menahan mana-mana individu di bawah ISA,beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun.Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah pentadbirannya.Kedua-dua pihak kini masing-masing mempertahankan diri justeru jalan terbaik bagi menyelesaikannya adalah melalui Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,yang juga Menteri Dalam Negeri. 

Zahid perlu menjelaskan sama ada Megat Junid atau Mahathir yang menandatangani arahan penahanan ISA.Bukan sahaja ahli keluarga Megat Junid mahu mengetahui perkara sebenar,malahan rakyat dan tidak terkecuali bekas tahanan ISA dan anggota keluarga mereka juga ingin mengetahuinya.Untuk rekod,kerana ISA juga,Mahathir telah digelar sebagai diktator dan beliau pernah menahan 106 orang termasuk ahli politik dan aktivis pada 1987 di bawah akta berkenaan.ISA bagaimanapun telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 September 2011 dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih sesuai.

Beruang Biru 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! DISKAUN 50 PERATUS !!! SUARA #UMNOWILAYAH @RAZLANRAFII DITUNAIKAN !!!


KENYATAAN MEDIA 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 

TERIMA KASIH PM DATO' SRI NAJIB RAZAK TUNAI PERMINTAAN BADAN PERHUBUNGAN UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN 

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Tun Razak atas pengumuman tawaran diskaun 50% untuk pengguna perkhidmatan LRT dan monorel pada awal pagi.Meskipun tawaran diskaun tersebut hanya tertakluk untuk satu jam pertama permulaan perkhidmatan tren ini,namun ianya sedikit sebanyak menggembirakan pelbagai pihak terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan pertengahan. 

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang lepas,saya mewakili Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan membahaskan usul kos sara hidup warga kota yang terbeban dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam dan kenaikan kadar tol di Lembah Klang dan pelbagai isu lagi.Alhamdulillah suara warga kota didengari dan direalisasikan oleh kerajaan pusat yang ditadbir oleh Presiden UMNO kurang setahun daripada cadangan ini disampaikan.Ini membuktikan kerajaan di bawah Dato' Sri Najib Tun Razak peka,sentiasa mendengar dan mencari pelbagai inisiatif membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini. 

PPUWP akan terus ke hadapan memperjuangkan untung nasib warga kota dan dalam masa yang sama berharap lebih banyak lagi insentif sebegini terus diberikan kepada rakyat pada masa akan datang. 

Terima kasih Perdana Menteri.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! PM DS @NAJIBRAZAK BAPA TRANSFORMASI PENGANGKUTAN REL MALAYSIA !!!


Setiap Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia,sejak negara mengecapi kemerdekaan,pasti akan mencipta legasinya yang tersendiri.Sebagai contoh,Tun Abdul Razak yang mengilhamkan Felda yang sehingga kini masih kekal relevan dalam menjana ekonomi penduduk luar bandar.Inilah yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Bukan sedikit jasa beliau dalam mentransformasikan pengangkutan rel negara yang pada satu ketika dahulu pernah dilabelkan sebagai agak ketinggalan dari segi efisyen dan kemudahan serta keselamatan kepada pengguna.Sebenarnya,perubahan kemudahan pengangkutan rel negara ini sudah dimulakan sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Pedana Menteri lagi.Di bawah pentadbiran beliau,sistem pengangkutan Komuter dan Rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan.Malah,sistem pengangkutan ERL juga diperkenalkan pada zaman pentadbiran Mahathir di mana ianya membolehkan pelancong dari dalam mahupun luar negara,berhubung diantara Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih pantas dan cekap. 

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi,perkhidmatan Monorel pula diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan dilakukan seperti perkhidmatan bas transit yang membolehkan penduduk sekitar dapat berhubung terus dengan mana-mana stesen LRT,Komuter dan Monorel.Mengambil kira kepentingan dan keperluan pesat pengangkutan rel ini,Datuk Seri Mohd Najib menyasarkan untuk melihat seluruh pembangunan sistem pengangkutan rel ini dimajukan sesuai dengan status Malaysia yang sedang menuju kearah sebuah negara maju.Justeru,sebagai langkah pertama,beliau menyelami terlebih dahulu segala permasalahan yang timbul melalui sistem pengangkutan LRT,Monorel dan Komuter menerusi beberapa "walkabout" yang beliau lakukan sendiri.Hasil daripada penelitian beliau sendiri,maka lahirlah beberapa idea penambah baikan sistem rel untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.Sebagai langkah pertama kearah mentransformasikan pengangkutan rel ini,beliau mahu melihat stesen-stesen LRT di ibu negara dibaikpulih sesuai dengan keperluan semasa.Malah,gerabak-gerabak lama turut ditukar bagi menjamin keselamatan pengguna yang menggunakan sistem pengangkutan ini.Paling diingati adalah,bagaimana beliau mahu melihat,sebuah gerabak khas disediakan khas buat kaum wanita yang pada satu ketika dahulu terpaksa berhimpit-himpit dengan kaum lelaki pada waktu puncak. 

Idea ini juga turut diterjemahkan kepada sistem komuter dimana hari ini,ketepatan masa pengangkutan ini juga sudah jauh dipertingkatkan.Lebih menarik lagi,pengangkutan train antara bandar (ETS) juga turut direalisasikan oleh beliau.Jika dahulu,masa yang diambil untuk ke Padang Besar,Perlis dengan menggunakan keretapi mel lama mengambil masa sehingga 8 jam dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur,hari ini jurang masa berkenaan dapat disingkatkan kepada hanya empat jam.Malah pengangkutan keretapi mel biasa yang menjadi ikon nostalgik bagi Keretapi Tanah Melayu (KTM), turut mengalami transformasi.Hari ini,kita tidak lagi melihat pengangkutan keretapi yang penuh sesak dengan penumpang sehingga terpaksa duduk di lantai.Semua gerabak train mel biasa ini sudah ditambah baik sesuai dengan peredaran semasa.Menyedari keperluan mendesak penduduk yang tidak dihubungi dengan pengangkutan LRT di luar laluan sedia ada,beliau telah meluluskan pembinaan laluan baru LRT 2 dimana ianya meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan LRT sedia ada.Hari ini,penduduk Puchong,Saujana Putera dan beberapa kawasan lagi menikmati kemudahan Transit Aliran Ringan ini dengan lebih menyeluruh.Paling menarik untuk disaksikan adalah, pembinaan High Speed Railway (HSR) yang menghubungkan KL Sentral dengan Singapura yang akan memendekkan perjalanan daripada 6 jam kepada hanya 90 minit.

Dijangkakan,projek yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 ini dijangka mampu menjana ekonomi penduduk sekitar laluan ini serta akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong diantara kedua-dua buah negara.Melalui projek ini juga,ianya disasarkan mampu untuk merancakkan ekonomi bagi kedua-dua buah negara. Inilah ikon terbaru ilham daripada kesunguhan beliau dalam mentransformasikan pengangkutan awam negara kearah lebih efisyen dan bersepadu, sesuai dengan status negara yang menuju kearah sebuah negara maju.Datuk Seri Najib tanpa jemu mahu memastikan,semua jenis pengangkutan awam termasuk perkhidmata rel ini sentiasa dimajukan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN